Wednesday, November 18, 2009

Sayangnya ALLAH kepada...

Lelaki...

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya...
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh...
Berat kan???

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya...
Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya...
kalau buat takbaik, dosanya ditanggung oleh suaminya...
Berat kan???

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak...
Walaupun begitu isteri boleh membantu...
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini...
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung...
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut...
Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki...
Tetapi orang lelaki ada keistimewaan’nya yang dianugerah oleh Allah SWT...
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan..
Begitulah kira-kiranya...


Wanita...

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki...
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya...
Saksinya kurang berbanding lelaki...
Menerima pusaka kurang dari lelaki...
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak...
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya...
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri...
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki...

Pernahkah kita lihat sebaliknya???

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat...
Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan???
Itulah bandingannya dengan seorang wanita...
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya...
Bukankah ibu adalah seorang wanita???
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak...
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil...
Manakala dosa kecilnya diampun ALLAH...

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya...
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat org lelaki suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya...
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatan’nya...
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata...

MasyaALLAH...
Sayangnya ALLAH pada wanita...

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...
Kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...
Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...
Supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA...

“Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya. Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalayang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri ” (Ali- Imran:103)

p/s:
smoga kite berusaha untuk jadi muslimah yg sentiasa taat dgn perintah-Nya...
kajha chingu...=)



its gonna be me
~syaa~

Sunday, November 8, 2009

UPCOMING EVENTS =)

  • 11/12/2009 : gENtINg hIGhlAND'S tRip
  • t.B.d --> iCE sKAtiNG!!!
  • T.b.D GAK --> gO kART
  • dLM pERANCANGaN >>> iSTAna bUDAyA (HEHEHE)